Monday, March 15, 2010

Tajuk: CABARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT ABAD 21Dikirim oleh: Ummi Munaliza on 01 April, 2009, 08:07:47 AM
Pengenalan Teknologi maklumat yang semakin berkembang telah mendapat perhatian ramai di seluruh dunia. Di mana sahaja internet diperkatakan. Dari Timur Tengah hinggalah ke Kepulauan Pasifik dan Asia Tenggara, internet dan teknologi berkaitan dibincang dengan penuh minat, sama ada tentang kebaikan atau keburukan yang dibawa bersamanya. Perbincangan terhadap pembangunan internet juga mengambil tempat secara agreasif. Pembangunan dan perkembangan ICT berkembang pesat dan tumbuh seperti cendawan sejak akhir-akhir ini. Abad ke-21 yang menjanjikan pelbagai cabaran dan kemungkinan menjuruskan dunia kepada bentuk ekonomi baru, serta terjelmanya teknologi maklumat, khususnya internet. Dengan ini, teknologi maklumat menggabungkan komputer telekomunikasi supaya dapat membentuk sistem-sistem bagi menguruskan maklumat. Internet ialah satu wadah yang digunakan untuk mendapatkan informasi dan maklumat terkini. Kini internet digunakan secara meluas bagi mendapatkan maklumat untuk kegunaan dalam semua bidang seperti dalam bidang pengiklanan, pendidikan, berita terkini dan juga sebagai bahan rujukan. Internet yang dicetuskan melalui teknologi maklumat dan komputer merupakan teknologi yang paling cepat berkembang, selepas revolusi komputer dan komunikasi. Perkembangannya tidak dapat disekat dan terus mempengaruhi segenap bidang kehidupan manusia. Ia merangkumi bidang kehidupan daripada perkara asas seperti perbualan dan percakapan sehinggalah kepada unsur-unsur agama dan dakwah, serta propaganda. Bill gates (1996), peneroka bidang komputer yang terkenal, dapat memasarkan aplikasi keluaran “Window” ke serata dunia. Perkembangan teknologi yang begitu pesat pada masa ini di seluruh dunia memerlukan tindakan segera pembangunan sumber manusia untuk memberi latihan, pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi maklumat, robotik dan sebagainya. Kehidupan manusia semakin banyak bergantung kepada komputer dan teknologi di era globalisasi hari ini.Teknologi yang menyeronokan ini membuka banyak bidang aplikasi penggunaan yang merangkumi semua bidang pekerjaan dan kehidupan. Teknologi sampingan yang turut berkembang bagi memudahkan lagi kewujudan dan pengaksesan internet ialah seperti rangkaian, multimedia, pemprosesan video, komunikasi data, perkakasan komputer, mikropemproses, pembangunan perisian, kad pintar, dan sebagainya yang tidak dapat disebut semuanya di sini.Bidang penggunaannya pula semakin luas dan menjanjikan kemudahan serta keseronokan. Penggunaan internet meliputi perdangan elektronik, perkhidmatan dalam talian, pengiklanan, pemasaran dan promosi, penyediaan kandungan, perbankan elektronik, kerajaan elektronik, kerajaan tanpa kertas, pejabat maya, aplikasi multimedia, sekolah bestari, komunikasi mel elektronik, urusniaga dalam talian, teleperubatan, dan pelbagai lagi yang telah dilaksanakan serta yang akan muncul.Tidak syak lagi bahawa dengan segala kecanggihan dalam bidang teknologi maklumat yang kian menyemarak, dunia kini menjadi semakin kecil. Apa-apa sahaja peristiwa penting yang berlaku di mana-mana bahagian dunia akan menjadi berita sejagat dalam masa yang singkat, malah kerap pula boleh dinikmati secara terus menerus di bilik tidur kita. Demikianlah, era siber telah mewujudkan sebuah dunia tanpa sempadan dengan langit yang tidak lagi tertutup.Salah satu ciri penting dalam perkembangan teknologi maklumat sekarang ialah perkhidmatan internet, iaitu satu talian ajaib yang boleh menyalurkan berjuta-juta fakta dan data- mengenai apa-apa sahaja- daripada seluruh pelosok dunia. Hanya dengan menekan butang-butang tertentu, segala maklumat yang diperlukan akan menjelma pada skrin komputer- semuanya jelas, menarik, dan berwarna-warni pula. Sama hebatnya dengan lampu ajaib dalam dongeng Aladdin yang popular itu, internet adalah bukti kecemerlangan sains dan teknologi pada abad ini. Sementara lampu Aladdin hanyalah satu khayalan, internet adalah satu kenyataan yang amat mengagumkan. Bayangkan betapa seribu satu macam perkara dan peristiwa boleh diketahui dalam sekelip mata. Dengan internet semua maklumat kini berada di hujung jari. Sudah diakui oleh ramai orang bahawa sesiapa yang tidak mempedulikan kehadiran “gergasi’ ini, pasti ketinggalan dan terus tenggelam dalam arus yang bermula daripada riak kecil kepada suatu gelombang besar seperti sekarang. Dan “riak” menjadi semakin besar serta menjanjikan pelbagai kemungkinan yang baik dan buruk. Perkara pokok ialah bagaimana kita menggunakan teknologi ini untuk kebaikan serta menjadikan diri kita menguasainya, bukannya teknologi ini menguasai kita. Hakcipta terpelihara: Hasil tulisan Munaliza binti Ismail
Dipetik dari: http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=5435.0

4 comments:

  1. Cabaran Teknologi Maklumat oleh Ummi Munaliza dalam http//halaqah.net menjadi perbincangan hangat tentang kebaikan dan keburukan internet yang tumbuh bagaikan cendawan. Internet digunakan secara meluas spt dalam pengiklanan, pendidikan, berita terkini dan pelbagai bahan rujukan. Kini Internet menjadi lebih menyeronokkan merangkumi kehidupan seharian dan pekerjaan.

    ReplyDelete
  2. Kepentingan Teknologi Maklumat (ICT) Dalam Membantu Pengurus Melaksanakan Fungsi Kepimpinan

    Implementasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (selepas ini dipanggil ICT) dalam organisasi pendidikan pada masa kini merupakan satu fenomena biasa. Kajian-kajian mengenai implementasi teknologi bermula sekitar tahun 1950-an. Revolusi teknologi telah berjaya melakukan perubahan pendekatan terhadap pengurusan teknologi korporat. Laudon dan Laudon (1998) menyatakan terdapat empat jenis perubahan organisasi yang dihasilkan oleh ICT iaitu automasi, rasional, perekayasaan dan perubahan paradigma. Automasi merujuk kepada aplikasi ICT untuk membantu pekerja melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan meningkatkan prestasi kerja.

    ReplyDelete
  3. Salam... setiap perkara yang baru pasti ada cabaran yang tersendiri.... ict dalam kehidupan merupakan suatu cabaran yang teramat besar kesannya... terhadap sosial, ekonomi, keagamaan- aqidah, etika kemnusiaan....
    sejauh mana manusia yang mencipta ict dan sejauh mana kemunafaatan yang digunakannya....

    ReplyDelete
  4. Salam Guru Besar,
    Baru kulihat wajahmu hari ini.
    Kau semakin kacak sekarang.
    Kepimpinanmu tentu semakin berwibawa.
    Tahniah sahabat.

    Ingat lagi Q20, SMK Belawai?
    AMINHAD.

    ReplyDelete